22 OGOS 2016 - Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Jengka Mahkota (TJM) telah menjayakan program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang. Pengerusi KRT TJM, Encik Niazahan bin Omar Ali yang mewakili AJK KRT TJM dan semua penduduk TJM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran saudara Yusof bin Husin mewakili YB Dato' Wan Salman ke majlis Pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang, turut tidak dilupai kepada Pengerusi Majlis Pemuafakatan KRT Parlimen Kuala Krau, En. Osman sempena Hari Kebangsaan peringkat KRT Taman Jengka Mahkota 2016.
Lebih dari 50 helai Jalur Gemilang telah diagihkan kepada sesiapa yang berkenderaan memasuki Taman Jengka Mahkota sekitar pukul 6.00 petang. Terima Kasih, Tahniah dan Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016, Merdeka!
Sila klik
GALERI untuk info koleksi foto aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan