Jumaat, 9 Februari 2018

MESYUARAT PELARASAN KRT TJM 2018-2019

26 JANUARI 2018 - Mesyuarat Pelarasan KRT Taman Jengka Mahkota telah dilaksanakan di Pejabat Penghulu Mukim Chenor (Jengka) yang telah dihadiri sebahagian besar Ahli Jawatankuasa KRT TJM 2016- 2017.

Mesyuarat ini telah memutuskan Encik Mohd Niazhan Omar Ali sebagai Pengerusi, Encik Abdul Hakim Abdul Halim selaku Timbalan Pengerusi, Encik Zahid Bakar sebagai Setiausaha, Encik Ahmad Rusydi Danial Abdullah selaku Penolong Setiausaha dan Encil Alias Mohamed Nasir selaku Bendahari.

Satu mesyuarat AJK KRT TJM akan diadakan selepas ini untuk menyusun jentera KRT di samping merancang takwim tahunan untuk tahun ini.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Pejabat Perpaduan Maran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan