BKK

BADAN KHAIRAT KEMATIAN
TAMAN JENGKA MAHKOTA

PENGENALAN 

Penubuhan Badan Khairat Kematian Taman Jengka Mahkota adalah berfungsi di bawah naungan Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota.

Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli kariah Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota serta ahli keluarga yang menjadi tanggungannya dan seluruh penduduk Taman Jengka Mahkota yang beragama Islam amnya. 

TUJUAN PENUBUHAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN 
  1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris jika berlaku kematian. 
  2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam penyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian. 
  3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat Islam setempat tanpa mengira fahaman/ideologi masing-masing. 
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN 
  • Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di Taman Jengka Mahkota
  • Satu keahlian akan mewakili satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran: 
    •  Ahli. 
    • Isteri/suami.
    • Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
    • Anak lelaki sehingga berkahwin.
    • Anak perempuan yang tidak berkahwin sepanjang hayatnya.
    • Anak kurang upaya (OKU) sepanjang hayatnya.
    • Ibu bapa/ibu bapa mertua yang tinggal bersama secara tetap.
  • Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK Badan Khairat Kematian Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota dan setelah membuat pembayaran bulan pertama. 
  •  Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat menjelaskan semua kutipan jika berlaku kematian, dalam pada itu,  alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi. 
  • Mereka yang tidak layak menerima sumbangan 
    • saudara kandung, 
    • anak yang meninggal dalam kandungan/keguguran, 
    • nama tidak didaftarkan dalam Borang Pendaftaran. 
    • namun wang ehsan akan disumbangkan mengikut persetujuan jawatankuasa BKK    
  • Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa. 
  • Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan BKK ini, keputusan AJK Badan Khairat Kematian Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota adalah muktamad. 
YURAN 
  • Bayaran keahlian dikenakan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja). 
  • Bayaran tahunan sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan setiap tahun sebelum berakhir 31 Disember. 
  • Kutipan RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) akan dikenakan kepada setiap ahli pada setiap kali ada kematian
  • Keahlian akan dibatalkan sekiranya ahli tidak membuat pembayaran setelah diberi surat peringatan. 
  • Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu mendaftar semula
  • Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan daripada menjadi ahli seterusnya.
  • Bayaran boleh dibuat ke hadapan dalam jangkan masa panjang atas kehendak ahli.
  • Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan, pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat AJK Badan Khairat Kematian.
  • Jumlah yang minimum daripada tabungan akan digunakan untuk pengurusan BKK. 
SUMBANGAN APABILA BERLAKU KEMATIAN 
  • Sumbangan bagi satu kematian: 
    • Ahli berdaftar : RM1,000.00.
    • Suami/isteri : RM1,000.00.
    • Anak/tanggungan ahli : RM1,000.00.
    • Anak baru lahir/keguguran cukup sifat : RM 500.00 
  • Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga atau tanggungan (multiple death), 
    • kematian yang pertama akan menerima sumbangan penuh 
    • manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima sumbangan kewangan yang akan ditentukan oleh AJK Badan Khairat Kematian.  
  • Maksimum RM3,000,00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) akan dikeluarkan bagi kematian serentak. 

AKAUN 
  • Satu akaun bank dibuka khusus untuk BKK ini. Akaun bank ini didaftarkan sebagai akaun Badan Khairat Kematian Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota dan didaftarkan di Bank Islam Jengka. 
  • Penyata Kira-Kira akan dibuat setiap hujung tahun 31 Disember dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira. Penyata Kira-Kira akan diminitkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Badan Khairat Kematian yang akan diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun berikutnya. 

KEMUDAHAN LAIN 

Pihak pengurusan Badan Khairat Kematian Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota akan membantu waris si mati dalam mendapatkan kemudahan bagi pengurusan jenazah seperti berikut: 
  • Urusan mendapatkan kenderaan jenazah. 
  • Tempat mandi jenazah. 
  • Team mandi jenazah. 
  • Set kelengkapan kapan dan keranda. 
  • Tanah perkuburan dan penggali kubur. 
  • Imam solat jenazah. 
  • Bacaan Yasin dan tahlil di Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota atau rumah waris si mati di Taman Jengka Mahkota. 
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN 

Sila klik BORANG untuk muat turun borang.

Borang ini adalah borang terkini yang diguna pakai oleh BKK Surau Raudhatul Jannah TJM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan