INFO KRT


Misi

Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Visi

Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.

Moto


"BERSATU KITA MAJU"



JIRAN WANITA

Jiran Wanita merupakan salah satu cawangan di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Jengka Mahkota yang telah diwujudkan, merupakan sayap kanan kepada AJK KRTTJM untuk mempergiatkan aktiviti khususnya bagi kaum wanita. Jiran wanita amat penting dalam setiap aktiviti yang digerakan oleh AJK, merupakan pelengkap yang banyak membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Dengan wujudnya jiran wanita ini diharapkan dapat mengetengah potensi dan bakat wanita dalam apa jua bidang seterusnya mempertabatkan penglibatan wanita di dalam pembangunan masyarakat, dari segi sosial, ekonomi, agama dan budaya. Jiran wanita KRTTJM banyak menyumbang kepada perpaduan masyarakat setempat dengan gaya dan olahan mereka sendiri. Hubungan antara masyarakat yang mesra telah banyak mengeratkan perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif Rukun Tetangga

TUJUAN JIRAN WANITA


  • Membantu usaha Jawatankuasa Rukun Tetangga mempelbagai dan mempertingkatkan aktiviti dalam Kawasan Rukun Tetangga
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus bagi kaum wanita di Kawasan Rukun Tetangga dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti bagi membawa kesan kepada program pemupukan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat

PERANAN JIRAN WANITA

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan khusus bagi kaum wanita serta menambah keterlibatan wanita di dalam aktiviti Rukun Tetangga
  • Membantu Jawatankuasa KRT melaksanakan aktiviti-aktiviti kejiranan untuk memastikan semangat kejiranan di kalangan penduduk tempatan tidak terjejas.
  • Mengadakan projek yang boleh mengukuhkan dana Rukun Tetangga untuk membiayai aktiviti-aktiviti jiran wanita.
  • Menangani masalah-masalah sosial di Kawasan Rukun Tetangga seperti penagih dadah, jenayah di kalangan remaja, masalah ibu tunggal, penderaan isteri atau kanak-kanak dan seumpamanya.
  • Membantu menyebarkan dasar-dasar kerajaan dan projek-projek kerajaan kepada penduduk setempat.

JIRAN MUDA

Jiran Muda ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga, bertujuan
untuk menarik dan melibatkan golongan remaja dalam aktiviti-aktiviti kejiranan dan pembangunan komuniti ke arah mencapai objektif Rukun Tetangga. Di samping mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya dan di antara penduduk sejiran amnya. Tumpuan aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada gejala-gejala negatif seperti dadah, jenayah dan maksiat.

Golongan remaja merupakan satu kumpulan besar, cergas dan aktif dengan penuh tenaga dan ingin mencuba tetapi mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. justeru itu, golongan remaja perlu dipimpin dan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti yang sihat dalam menyemaikan benih-benih perpaduan dan kepimpinan dari awal lagi. Teras konsep Jiran Muda ialah remaja dalam kawasan Rukun Tertangga akan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti demi untuk faedah para remaja khasnya dan masyarakat amnya.

TUJUAN JIRAN MUDA

  • Membantu Rukun Tetangga mewujudkan peluang kepada penduduk setempat bertemu, berkenalan dan menjalinkan perhubungan baik antara satu sama lain
  • Memberi latihan kepimpinan dan perkembangan jasmani, rohani, emosi dan sosial
  • Memberi peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang kehidupan dalam masyarakat pelbagai budaya

PERANAN JIRAN MUDA

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan membangunkan Jiran Muda dalam Kawasan Rukun Tetangga di samping mewujudkan peluang berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain
  • Membantu Jawatankuasa Rukun Tetangga melaksanakan aktiviti-aktiviti kejiranan untuk memastikan semangat kejiranan dikalangan penduduk tempatan tidak terjejas.
  • Mengadakan projek mengukuhkan dana Rukun Tetangga untuk membiayai aktiviti-aktiviti Jiran Muda
  • Menghindarkan Jiran Muda daripada anasir-anasir yang tidak diingini dan mencegah mereka daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial.
  • Membantu menyebarkan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk tempatan.

JIRAN WARGA EMAS
Jiran Warga Emas ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatan kuasa Rukun Tetangga, bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan Warga emas dalam aktiviti-aktiviti kejiranan, pembangunan komuniti kearah mencapai objektif Rukun Tetangga. Di samping mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya dan di antara penduduk sejiran amnya. Seterusnya membuktikan bahawa mereka merupakan golongan yang masih boleh menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

KRTTJM amat komited untuk melibatkan Jiran Warga emas dalam setiap aktiviti agar mereka tidak rasa tersisih dan masih dihargai pengorbanan. Bak kata orang takkan ada yang muda kalau tiada yang tua. Justeru itu Warga memainkan penting dalam masyarakat kena mereka ini mempunyai nilai mentor yang tinggi untuk menjadi ikutan kepada golongan yang muda.

Peranan Jiran Warga Emas
  • Sedia maklum Jiran Warga emas adalah golongn yang berpengalaman luas serta layak untuk menjadi mentor dan penasihat kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KRT serta golongan muda
  • Mengembangkan semangat perpaduan antara masyarakat melalu cara dan sifat sederhana dan mudah di ketengahkan dalam setiap aktiviti
  • Membantu jawatankuasa KRT untuk mengerakan aktiviti dengan menluahkan idea-idea bernas.

JIRAN TUNAS USIA

Jiran Tunas Usia ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatan kuasa Rukun Tetangga, bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti kejiranan, pembangunan minda dan pembangunan komuniti kearah mencapai objektif Rukun Tetangga. Di samping mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya dan di antara penduduk sejiran amnya. Tumpuan aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada gejala-gejala negatif seperti dadah, jenayah dan maksiat di samping menyemai benih perpaduan antara rakan-rakan yang berbilang bangsa.

KRTTJM amat komited terhadap penyemaian semangat perpaduan harus dipupuk sejak usia kecil lagi, jiwa kanak-kanak masih bersih serta mudah untuk menanam semangat cintakan negara dan kasih sayang sesama manusia. Ini merupakan asas kepada semangat pepaduan agar terus berkembang hingga ke usia dewasa.


TUJUAN JIRAN TUNAS USIA

  • Membantu Rukun Tetangga mewujudkan peluang kepada penduduk setempat bertemu, berkenalan dan menjalinkan perhubungan baik antara satu sama lain
  • Memberi latihan kepimpinan dan perkembangan jasmani, rohani, emosi dan sosial
  • Memberi peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang kehidupan dalam masyarakat pelbagai budaya
  • Mengenengahkan bakat kepimpinan dikalangan rakan didalam organisasi Jiran Tunas Usia
  • Memupuk minda kanak-kanak agar lebih berdaya maju, kreatif, inovasi dan berilmu.

Peranan Jiran Tunas Usia
  • Jiran Tunas Usia merupakan pelapis Jiran Muda, ia merupakan pewaris kepada perpaduan masyarakat.
  • Menjadi perangsang dan dorongan kepada golongan dewasa untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan