SRS

Skim Rondaan Sukarela adalah satu skim yang dipohon oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas.

Skim Rondaan Sukarela telah dilancarkan secara rasminya pada 21 Februari 2004 di Pulau Pinang. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 2004 telah memutuskan untuk memperluaskan SRS di seluruh negara.

Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat.

Permohonan untuk mengendalikan Skim Rondaan Sukarela di keseluruhan atau sebahagian kawasan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Sektor Pendaftaran.

Peranan Kawasan Rukun Tetangga dalam menjaga keselamatan telah di perkasakan apabila Skim Rondaan Sukarela (SRS) diiktiraf dan di promosi sebagai salah satu pelaksana utama dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Iaitu untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah di bawah GTP dan bekerjasama dengan PDRM dan RELA serta pihak berkuasa tempatan.

TUGAS ANGGOTA SKIM RONDAAN SUKARELA (Seksyen 18 Akta Rukun Tetangga 2012)

  • Tugas meronda di dalam Kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
  • Tugas mengawal di Pusat Kawasan pada apa-apa waktu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah
  • Tugas mengawal di mana- mana premis, tempat atau lokasi di dalam Kawasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah
Sila rujuk buku panduan dengan klik link berikut : 

http://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/BUKU%20PANDUAN%20SKIM%20RONDAAN%20SUKARELA.pdf

PERATURAN RONDAAN SRS TERTAKLUK KEPADA
AKTA RUKUN TETANGGA 2012 DAN PEKELILING 2012

OBJEKTIF
Memastikan kelancaran pengoperasian Skim Rondaan Sukarela selaras dengan Akta Rukun Tetangga 2012.

TUJUAN RONDAAN
  • Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan. 
  • Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif. 
  • Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera. 
  • Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis. 
  • Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin. 
  • Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa. 
PERATURAN PENGOPERASIAN SKIM RONDAAN SUKARELA

PERATURAN PERANCANGAN RONDAAN
  1. Menyediakan Jadual Rondaan melalui sistem e-SRS.
  2. Memilih Ketua Peronda oleh Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa atau dari kalangan peronda yang bertugas dalam sesuatu syif.
  3. Memastikan mana-mana peronda yang dijadualkan untuk meronda melebihi dua kali sebulan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada majikan terlebih dahulu.
  4. Memastikan setiap pasukan rondaan tidak kurang daripada 2 orang.
  5. Mempamerkan Jadual Rondaan di Pusat Kawasan atau menghebahkan melalui facebook atau email Rukun Tetangga atau apa-apa cara yang difikirkan patut dalam tempoh dua minggu sebelum rondaan bermula untuk membolehkan peronda memaklumkan kepada majikan.
  6. Sesalinan Jadual Rondaan hendaklah dihantar ke Balai Polis berhampiran
  7. Jawatankuasa hendaklah menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan untuk tugasan rondaan.
PERATURAN RONDAAN
  1. Kehadiran sebelum dan selepas menjalankan tugas rondaan wajib direkodkan ke dalam Buku Rekod Kedatangan (LAMPIRAN SRS C1) sebagai bukti menjalankan tugas dan pengeluaran surat pengesahan rondaan oleh Ketua Peronda atau Pengerusi / Setiausaha Jawatankuasa.
  2. Tanggungjawab Ketua Peronda:
  • Memberi taklimat kepada peronda yang bertugas sebelum rondaan bermula.
  • Memastikan setiap peronda membawa kad pengenalan, peralatan yang dibenarkan dan mengedarkan serta merekodkan peralatan rondaan yang dibekalkan kepada peronda dan dikembalikan semula oleh peronda (LAMPIRAN SRS C2).
  • Menerima laporan dari peronda dan melaporkan kepada Polis dan Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa.
  • Mencatat dan melaporkan apa-apa penemuan yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti oleh peronda (LAMPIRAN SRS C3) kepada Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa untuk dimasukkan ke dalam sistem e-SRS.
  • Menyerahkan tugas kepada Ketua Peronda bagi syif berikutnya (jika ada).
lain-lain perkara semasa taklimat
  • Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.   
  • Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan: 
  • Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir. 
  • Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan. 
  • Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut: 
Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
  • Cara-cara menjalankan rondaan. 
  • Perhubungan dengan orang ramai. 
  • Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan. 
  • Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim. 
  • Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri. 
  • Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini. 
  • Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat. 
  • Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
Tanggungjawab Peronda:

  • Mematuhi arahan daripada Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa, Ketua Peronda, Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian dan Polis.
  • Membawa Kad Pengenalan, peralatan yang dibenarkan dan menggunakan alat-alat dan baju vest yang dibekalkan.
  • Berkelakuan tertib dan sopan semasa rondaan meliputi:
  • Tidak memberikan maklumat palsu.
  • Tidak melanggar perintah atau arahan sah Ketua Peronda, Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa dan Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.
  • Tidak melakukan perbuatan lucah, buruk atau menghina.
  • Tidak menggunakan bahasa lucah, buruk atau menghina.
  • Tidak bertanggungjawab seperti berjudi, tidur, dibawah pengaruh alcohol atau dadah.
  • Bertindak secara cuai.
  • Melakukan apa-apa perbuatan yang memudaratkan kebajikan kawasan.
  • Sentiasa menjaga dan melindungi keselamatan diri.
  • Menghubungi dan melapor kepada Pusat Kawasan/Ketua Peronda dengan segera sekiranya berlaku insiden-insiden yang tidak diingini semasa rondaan.
  • Menyerahkan kembali semua peralatan rondaan kepada Ketua Peronda.

CARA MENJALANKAN RONDAAN

  • Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
  • Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
  • Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.
  • Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.

Kewajipan semasa Rondaan:

  • Menghentikan dan menjalankan pemeriksaan ke atas seseorang.
  • Peronda hendaklah memperkenalkan diri semasa menghentikan dan memeriksa mana-mana orang yang memasuki kawasan rondaan jika mempunyai alasan yang munsabah mempercayai bahawa keselamatan komuniti terjejas.
  • Peronda boleh meminta untuk melihat Kad Pengenalan untuk kepastian identiti seseorang semasa membuat pemeriksaan. Pemeriksaan ke atasbadan seseorang (Body Search) tidak dibenarkan.
  • Apa-apa bahan atau barang yang salah di sisi undang-undang ditemui semasa pemeriksaan hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada Polis.
  • Menghentikan dan memeriksa kenderaan atau pengangkutan.
  • Peronda hendaklah memperkenalkan diri semasa menghentikan dan memeriksa mana-mana orang, kenderaan atau apa-apa pengangkutan yang memasuki kawasan rondaan jika mempunyai alasan yang munsabah mempercayai bahawa keselamatan komuniti terjejas.
  • Peronda boleh meminta untuk melihat Kad Pengenalan untuk kepastian identiti seseorang semasa membuat pemeriksaan.
  • Pemandu kenderaan atau apa-apa pengangkutan hendaklah bersama dengan peronda melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan atau apa-apa pengangkutan tersebut.
  • Jika pemandu enggan bekerjasama atau didapati melakukan kesalahan, Peronda hendaklah melaporkan kepada Polis, Ketua Peronda dan Pengerusi/Setiausaha Jawatankuasa.

TANGKAPAN OLEH ORANG PERSENDIRIAN (CITIZEN ARREST)
Peronda boleh melakukan tangkapan oleh orang persendirian (Citizen Arrest) mengikut Seksyen 27, Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) seperti berikut:

  1. Tangkapan ke atas seseorang atas kesalahan yang boleh ditangkap dan tidak boleh dijamin berlaku di depan mata peronda hendaklah dengan serta-merta diserahkan kepada Polis.
  2. Tangkapan yang dibenarkan di bawah Peruntukan Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang meliputi kesalahan-kesalahan berikut, hendaklah diserahkan kepada Polis untuk tangkapan semula.
  • Kesalahan boleh ditangkap (seizable offence) dibawah mana–mana undang-undang yang berkuatkuasa.
  • Kesalahan memiliki perkakasan pecah rumah.
  • Kesalahan melarikan atau menyembunyikan diri setelah waran tangkapan terhadap seseorang dikeluarkan.
  • Disyaki menyimpan barang curi atau diperolehi secara menipu.
  • Orang disyaki menyembunyikan dirinya untuk tujuan melakukan kesalahan boleh tangkap

LAIN-LAIN TATACARA RONDAAN SRS

TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN

  • Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.
  • Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:
  • Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.
  • Arahan mengembalikan peralatan rondaan.
  • Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.
  • Menyurai baris tugas.
  • Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.

MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

  • Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.
  • Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.
  • Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.

PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN

  • Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.
  • Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.
  • Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.
  • Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.
  • Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.
  • Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.

LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

  • Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.
  • Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.
  • Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.

PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

  • Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
  • Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.
  • Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai
  • Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.
  • Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.

TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN

  • Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.
  • Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.

PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI

  • Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.

KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS

  • Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
  • Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.
  • Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.
  • Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.
  • Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.

MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN

  • Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:
  • Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.
  • Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.
  • Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.
  • Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
  • Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.

KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN

  • Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.
  • Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan