Isnin, 31 Oktober 2016

PROGRAM SRS DEKAT DI HATI

29 OKTOBER 2016 - KRT TJM telah didatangi oleh Pasukan Kembara SRS Daerah Maran sekitar jam 10.00 malam.





Ahli SRS KRT TJM telah bersiap awal untuk menyambut kehadiran rombongan tersebut yang terdiri daripada 25 orang anggota SRS KRT Daerah Maran dan dimeriahkan dengan kehadiran sebahagian besar anggota SRS KRT TJM.

Majlis dimulai dengan jamuan ringan, diikuti bacaan doa oleh Pengerusi Surau Raudatul Jannah Hj. Zaki, ucapan Pengerusi KRT TJM dan ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Maran yang seterusnya merasmikan program yang dirancang.

Isnin, 26 September 2016

PENDIDIKAN KESELAMATAN KEJIRANAN

23 SETEMBER 2016 - Jawatankuasa Induk KRT TJM telah menghadiri Prorgam Pendidikan Keselamatan Kejiranan Daerah Maran di Dewan Al Buruni UiTM Jengka.

Program ini adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Maran dengan KRT UiTM menjadi Tuan Rumah.

Pelbagai info berkaitan yang dapat dimanfaatkan bersama diperolehi hasil proram yang dibentang oleh Pegawai Polis Daerah Maran terutamanya yang berkaitan keselamatan, undang-undang dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).




Selepas itu, sekitar jam 12.00 malam, semu peserta telah melibatkan diri dalam program Jom Ronda 5.0 di KRT Ulu Jempul dan program berakhir sekitar jam 2 pagi.
  

Jumaat, 16 September 2016

HARI RAYA AIDIL ADHA

12 - SEPTEMBER 2016 - Ibadah Kurban sempena Aidiladha telah berlangsung di Taman Jengka Mahkota. Program ini melibatkan ahli-ahli yang mengambil bahagian di bawah kendalian Surau Raudhatul Jannah dan KRT TJM.

2 ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih di perkarangan surau manakala seekor lembu di pusat penyembelihan.










Jumaat, 9 September 2016

CERAMAH DENGGI & ZIKA

7 SEPTEMBER 2016 - KRT TJM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Maran dan Surat Raudhatul Jannah telah berjaya menganjurkan Program Ceramah Hapus Aedes, Cegah Denggi.

Ceramah terlah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Maran. Turut diundang ialah En Khairul Amin bin Osman, Penghulu Mukim Chenor, Bandar Jengka.





Semoga dengan ceramah ini akan lebih menyedarkan masyarakat setempat tentang ancaman aedes.

WAYANG PACAK

KRT TJM mengimbau zaman silam dengan mengundang masyarakat setempat yang berkesempatan untuk mengikuti Tayangan Filem dalam program Wayang Pacak sempena Bulan Kebangsaan 2016.







MERDEKA.

Rabu, 31 Ogos 2016

SAMBUTAN MERIAH

31 OGOS 2016 - Awal-awal pagi lagi telah kelihatan ramai yang mengerumuni kawasan surau. Sudah pastilah yang paling gembira ialah kanak-kanak terutama yang menyertai acara mewarna dan basikal berhias.




Manakala Surau Raudhatul Jannah telah menganjurkan Perlawanan Bola Takraw yang disertai oleh sebilangan besar penduduk TJM ini. Majlis yang berlangsung sungguh meriah apatah lagi para peserta yang menyertai berjaya merangkul kemenangan 

Tahniah kepada semua, MERDEKA!

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti. 

AMBANG MERDEKA

30 OGOS 2016 - KRT TJM telah diamanahkan menyediakan kanopi untuk Program Ambang Merdeka. Program ini melibatkan semua KRT dalam Parlimen Kuala Krau yang merupakan penganjur program.



Dalam pada itu, KRT TJM telah menghantar Pasukan Tarian Zapin yang terdiri daripada kanak-kanak Tadika Perpaduan.  


Sila klik GALERI untuk koleksi foto aktiviti.

Sabtu, 27 Ogos 2016

KIBAR JALUR GEMILANG PARLIMEN KUALA KRAU

25 OGOS 2016 : Parlimen Kuala Krau telah menganjurkan Program Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2016. KRT TJM telah menghantar wakil untuk turut serta dalam program pelancaran tersebut disamping menyemarakan lagi Bulan Kebangsaan ini.




Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rabu, 24 Ogos 2016

RALAT LOKASI 31 OGOS 2016

Jawatankuasa KRT TJM telah memutuskan lokasi sambutan 31 Ogos 2016 adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 31 Ogos 2016 (Rabu)
Masa     : 8.30 pagi hingga selesai program
Aktiviti : semua aktiviti yang telah dirancang untuk 31 Ogos 2016
Tempat  : Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota

Pada tarikh berkenaan, JK Surau Raudhatul Jannah menganjurkan pertandingan Sepak Takraw di lokasi surau bermula jam 8.00 pagi.

Harap maklum.

Selasa, 23 Ogos 2016

PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

22 OGOS 2016 - Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Jengka Mahkota (TJM) telah menjayakan program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang. Pengerusi KRT TJM, Encik Niazahan bin Omar Ali yang mewakili AJK KRT TJM dan semua penduduk TJM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran saudara Yusof bin Husin mewakili YB Dato' Wan Salman ke majlis Pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang, turut tidak dilupai kepada Pengerusi Majlis Pemuafakatan KRT Parlimen Kuala Krau, En. Osman sempena Hari Kebangsaan peringkat KRT Taman Jengka Mahkota 2016.




Lebih dari 50 helai Jalur Gemilang telah diagihkan kepada sesiapa yang berkenderaan memasuki Taman Jengka Mahkota sekitar pukul 6.00 petang. Terima Kasih, Tahniah dan Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016, Merdeka!

Sila klik GALERI untuk info koleksi foto aktiviti.


Ahad, 21 Ogos 2016

PESTA MAKAN BUAH KRT TJM 2

21 OGOS 2016 - KRT TJM 2 telah menjemput rakan-rakan Pengerusi KRT ke PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN KRT TJM 2 BERSAMA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL PAHANG 2016 pada hari ini sekitar pukul 9.00 pagi.

Majlis tersebut telah berlangsung di Rumah En Aziz , No 49 Lorong TJM2, Taman Jengka Mahkota 2 dengan tetamu utama Puan Fairojibanu Binti Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Pahang dan Puan Aziza Bt Abd Rawi Pegawai Perpaduan Maran (PPD) Maran.






Semoga program sebegini boleh kita laksanakan pada masa hadapan di tempat kita pula. Insha Allah.

Sabtu, 20 Ogos 2016

DOA SELAMAT DAN TAHLIL YB DATO' WAN SALMAN

20 OGOS 2016 : Selepas Isyak, Dato' Wan Salman telah mengundang masyarakat setempat dalam Majlis Doa Selamat dan Tahlil berikutan beliau akan berangkat menunai fardu haji pada tahun ini. KRT TJM tidak mahu ketinggalan, telah menghantar wakil dalam program tersebut dan mendoakan YB Dato' dan isteri memperoleh haji serta selamat pergi dan kembali.






KIBAR JALUR GEMILANG

20 OGOS 2016 : KRT TJM telah turut serta menyertai, memeriahkan dan menjayakan Majlis Penerimaan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2016 Peringkat Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016.









Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' DUN Jempul. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung dan KRT TJM tidak mahu ketinggalan menyertai beberapa acara yang disediakan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2016.