Khamis, 28 Julai 2016

26 JULAI 2016 : MERAI BAKAL HAJI DAN JAMUAN AIDILFITRI

Selepas Isyak pada 26 Julai 2016, Selasa, KRT TJM turut serta meraikan bakal-bakal haji yang bermastautin di Taman Jengka Mahkota dalam satu majlis di Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota.

Selepas majlis berkenaan, seluruh warga Taman Jengka Mahkota telah dijamu dalam Jamuan Sambutan Aidilfitri bagi tahun ini.



Untuk persiapan jamuan, semenjak petang 25 Julai 2016 lagi berbagai aktiviti telah dilakukan. Tukang masak utama yang lebih gemar dikenali sebagai Pak Embong telah menyediakan kari kambing sebagai juadah utama.

Semoga majlis yang telah dilaksanakan mendapat keberkatan dan haji mabrur kepada jamaah haji dari TJM. In shaa Allah.

Isnin, 25 Julai 2016

21 JULAI 2016 : MESYUARAT KRT TJM KALI KE-3

21 Julai 2016 Jam 9.00 malam, sekali lagi KRT Taman Jengka Mahkota mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa untuk memaklumkan, membincangkan dan memutuskan beberapa perkara.



Jamuan Aidilfitri antara perkara utama dibincangkan dan semua jawatankuasa telah bersetuju melaksanakan sambutan serentak dengan Anjuran Aidilfitri oleh Surau Raudhatul Jannah TJM pada 26 Julai 2016 hari Selasa bermula 8.00 malam.

Ahad, 17 Julai 2016

KHIDMAT MASYARAKAT KRT TJM

17 JULAI 2016 - KRT TJM bersama KRT TJM 2 telah bersama-sama menghulurkan bantuan dan khidmat masyarakat kepada Rumah Tunas Harapan Semai Bakti Bandar Jengka. Ahli Jawatankuasa kedua-dua KRT telah menyumbangkan tenaga dalam memperbaiki gelanggang permainan yang menjadi tapak permainan penghuni di sini dan sedikit sumbangan kepada mereka.






Sila klik GALERI untuk koleksi foto program

Jumaat, 1 Julai 2016

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN PARLIMEN KUALA KRAU

1 JULAI 2016 - Pengerusi KRT, Encik Nazaihan dan beberapa Ahli Jawatankuasa KRT telah menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung di Masjid An Nur Kuala Krau.





(Klik GALERI untuk ikuti foto majlis)

30 JUN 2016 : IFTAR RAMADHAN

Sekali lagi KRT Taman Jengka Mahkota tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan bulan Ramadhan dengan menyertai Program Iftar KRT TJM dan Surau Raudatul Jannah Taman Jengka Mahkota.

Bermula dari selepas Isyak 29 Jun 2016, AJK KRT, AJK Surau dan penduduk setempat telah berhimpun di perkarangan surau untuk menyediakan persiapan awal majlis iftar. Seekor lembu telah ditumbangkan sumbangan seorang penduduk yang sangat berbesar hati memeriahkan majlis.

Penyediaan juadah bermula selepas solat Zohor sehingga semua juadah siap untuk majlis berbuka puasa. Sungguh meriah majlis kali ini dan sebahagian besar penduduk taman perumahan ini telah hadir untuk majlis berkenaan. (Sila klik GALERI untuk ikuti foto majlis)




MAJLIS PENUTUP TADARUS AL QURAN

30 JUN 2016 : KRT TJM tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam Program Tadarus Al Quran di bawah kendalian Jawatankuasa Surau Raudatul Jannah Taman Jengka Mahkota dipengerusikan oleh Ustaz Zaki.

Encik Nazaihan selaku Pengerusi KRT pula telah dijemput untuk menyampaikan saguhati kepada peserta program. (klik GALERI untuk lihat foto)



Selepas program tersebut, sekali lagi Pengerusi KRT Taman Jengka Mahkota dijemput menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 150 orang kanak-kanak dalam kariah Surau Raudatul Jannah Taman Jengka Mahkota.




Semoga sinar Ramadhan akan menerangi kesatuan dan perpaduan tetangga Taman Jengka Mahkota.