Khamis, 30 Jun 2016

MESYUARAT AJK KRT TJM KALI KEDUA

29 JUN 2016 : Ahli Jawatankuasa KRT Taman Jengka Mahkota kali kedua telah berlangsung dengan jayanya di Surau Taman Jengka Mahkota. Pelbagai isu semasa dan berbangkit telah dibincangkan dan beberapa kata putus telah dipersetujui.




Antaranya berkiatan Program Iftar yang turut melibatkan KRT dan Surau TJM yang akan berlangsung pada 30 Jun 2016.

Ahli mesyuarat sangat berharap agar JK KRT TJM yang dilantik akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi perpaduan dan keharmonian taman perumahan ini.

Jumaat, 24 Jun 2016

PENGENALAN RUKUN TETANGGA

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Khamis, 23 Jun 2016

SELAMAT BERKUNJUNG KE TAMAN JENGKA MAHKOTA

Pembinaan blog KRT TJM ini diharap menjadi penduan dan sumber maklumat kepada semua

Disediakan oleh Timbalan Pengerusi KRT TJM