Sabtu, 25 Mac 2023

MISI BANJIR

 13 MAC 2023 - KRT TJM telah berjaya melaksanakan misi bantuan banjir di Batu Pahat Johor.







Pengerusi KRT TJM Encik Nazim telah mengetuai misi tersebut dengan jaya.

SALAM RAMADAN 1444H

  23 MAC 2023 - Seluruh umat Islam di Malaysia dan beberapa negara menyambut bulan Ramadan. 

KRT TJM telah menyambut seruan KRT seluruh Pahang menyediakan Bubur Lambuk sebagai satu daripada Program Gerak Rahmah KRT yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Tanggal 1 April 2023 merupakan tarikh berlangsung program tersebut secara serentak. KRT TJM dengan AJK seramai 20 orang telah merancang untuk menyediakan 2 periuk bubur lambuk untuk agihan semua penduduk Taman Jengka Mahkota.

Dalam pada itu, KRT TJM juga menyediakan satu slot Iftar Ramadan yang dilaksanakan di Surau Raudatul Jannah Taman Jengka Mahkota.




Sebelum sambutan Ramadan pada 17 Mac 2023 yang lalu, KRT TJM tidak melepaskan peluang menyertai Program Gerak Rahmah : Jom Ronda SRS di SRS Desa Jaya 2. Program tersebut telah dirasmikan oleh pegawai Daerah Maran.

Jumaat, 9 Februari 2018

MESYUARAT PELARASAN KRT TJM 2018-2019

26 JANUARI 2018 - Mesyuarat Pelarasan KRT Taman Jengka Mahkota telah dilaksanakan di Pejabat Penghulu Mukim Chenor (Jengka) yang telah dihadiri sebahagian besar Ahli Jawatankuasa KRT TJM 2016- 2017.

Mesyuarat ini telah memutuskan Encik Mohd Niazhan Omar Ali sebagai Pengerusi, Encik Abdul Hakim Abdul Halim selaku Timbalan Pengerusi, Encik Zahid Bakar sebagai Setiausaha, Encik Ahmad Rusydi Danial Abdullah selaku Penolong Setiausaha dan Encil Alias Mohamed Nasir selaku Bendahari.

Satu mesyuarat AJK KRT TJM akan diadakan selepas ini untuk menyusun jentera KRT di samping merancang takwim tahunan untuk tahun ini.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Pejabat Perpaduan Maran.

Isnin, 31 Oktober 2016

PROGRAM SRS DEKAT DI HATI

29 OKTOBER 2016 - KRT TJM telah didatangi oleh Pasukan Kembara SRS Daerah Maran sekitar jam 10.00 malam.





Ahli SRS KRT TJM telah bersiap awal untuk menyambut kehadiran rombongan tersebut yang terdiri daripada 25 orang anggota SRS KRT Daerah Maran dan dimeriahkan dengan kehadiran sebahagian besar anggota SRS KRT TJM.

Majlis dimulai dengan jamuan ringan, diikuti bacaan doa oleh Pengerusi Surau Raudatul Jannah Hj. Zaki, ucapan Pengerusi KRT TJM dan ucapan Pegawai Perpaduan Daerah Maran yang seterusnya merasmikan program yang dirancang.

Isnin, 26 September 2016

PENDIDIKAN KESELAMATAN KEJIRANAN

23 SETEMBER 2016 - Jawatankuasa Induk KRT TJM telah menghadiri Prorgam Pendidikan Keselamatan Kejiranan Daerah Maran di Dewan Al Buruni UiTM Jengka.

Program ini adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Maran dengan KRT UiTM menjadi Tuan Rumah.

Pelbagai info berkaitan yang dapat dimanfaatkan bersama diperolehi hasil proram yang dibentang oleh Pegawai Polis Daerah Maran terutamanya yang berkaitan keselamatan, undang-undang dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).




Selepas itu, sekitar jam 12.00 malam, semu peserta telah melibatkan diri dalam program Jom Ronda 5.0 di KRT Ulu Jempul dan program berakhir sekitar jam 2 pagi.
  

Jumaat, 16 September 2016

HARI RAYA AIDIL ADHA

12 - SEPTEMBER 2016 - Ibadah Kurban sempena Aidiladha telah berlangsung di Taman Jengka Mahkota. Program ini melibatkan ahli-ahli yang mengambil bahagian di bawah kendalian Surau Raudhatul Jannah dan KRT TJM.

2 ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih di perkarangan surau manakala seekor lembu di pusat penyembelihan.










Jumaat, 9 September 2016

CERAMAH DENGGI & ZIKA

7 SEPTEMBER 2016 - KRT TJM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Maran dan Surat Raudhatul Jannah telah berjaya menganjurkan Program Ceramah Hapus Aedes, Cegah Denggi.

Ceramah terlah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Maran. Turut diundang ialah En Khairul Amin bin Osman, Penghulu Mukim Chenor, Bandar Jengka.





Semoga dengan ceramah ini akan lebih menyedarkan masyarakat setempat tentang ancaman aedes.